Page 79 - 我和我的孩子:一本給家長的手冊(幼兒篇)馬來西亞文版
P. 79
Apabila anak bising minta menggunakan telefon atau tablet,
ibu bapa perlu mempunyai prinsip seperti berikut:
① Ibu bapa dapat membantu kanak-kanak dengan menentukan
penggunaan produk 3C, seperti tetapkan masa dan tempat
yang boleh bermain produk 3C, menyemak kandungan isi yang
dapat dilayari.
② Ibu bapa harus sebagai contoh yang baik, kurang menggunakan
telefon bimbit di hadapan anak dan banyak menemani anak
dalam aktiviti di luar rumah.
③ Banyak menemani anak anda, perhatikan minat atau hobi anak
dan gunakan sebagai hadiah selain produk 3C.
④ Semasa anak beremosi teruk, ibu bapa haruslah memahami
sebabnya dengan sabar hati, membantu mereka untuk
mengatasi masalah mereka, janganlah memberi mereka produk
3C untuk alasan menenangkan emosi mereka.
Di era dunia progresif ini, kita langsung tidak dapat menghalang
anak kita dari menggunakan produk 3C, sikap yang penting
adalah menggunakan telefon bimbit dengan cara yang betul.
78 79